Jan 26 2010

Survival Ummah

Published by RosNiza@MarjanIslami at 3:50 am under Jahiliyyah, Sharing, luahan, motivation, tazkirah

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Mari bersama berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat IMAN dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Apa khabar iman dan hati kita?

Hidup berpaksikan dengan KALIMAH TAUHID LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMADARASULULLAH, dan Iman sebagai masdar yakni Iman itu perlu dijadikan sebagai perlembagaan, asas dalam kehidupan kerana Iman adalah sesuatu yang istimewa kerana hanya dengan keimanan kepada Allah sahajalah yang akan menjadi sign board arah kepada perjalanan arah hidup insan.

Tetapi Iman saja tidak mencukupi tanpa direncahkan dengan taqwa kerana bekalan terhebat itu adalah taqwa. Taqwa adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT. Dengan taqwa seseorang itu akan benar-benar mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA.

Masalah yang datang bukan untuk dirunguti tetapi perlu dimuhasabahkan. Itulah cara teguran Allah buat kita yang lalai agar kembali bertaut harapan kepadaNYA. Allah lah penyelesai segala masalah. Baikilah dan tingkatkanlah hubungan kita dengan Allah, insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Gapailah redha Allah. Kita memang tidak mungkin menjadi yang terbaik tapi kita mampu menjadi yang lebih baik, insyaAllah.

neraka

Melihat gelombang dan pe’el (ragam) mahasiswa yang “macam-macam ada”  ni terpanggil nak buat perkongsian tentang mahasiswa dan cabaran, memandangkan saya kini meniti hari-hari terakhir sebagai mahasiswa sarjana muda, insyaAllah. Chayok-chayok! untuk diri sendiri..heheh

Mahasiswa Dalam Menyebarkan Risalah Islam & Survival Ummah

Mahasiswa sinonim dengan nama seorang pelajar, mengambil diploma, degree, master, phD di universiti. Boleh dikatakan kelompok mahasiswa ini berada di dalam kondisi yang kecil kerana apa di universiti merupakan training bagi mereka sebelum keluar ke dalam kondisi yang sebenar lagi mencabar yakni di alam pekerjaan. Kondisi yang senenar kelak, mahasiswa akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulisasi.

Mahasiswa perlu jelas tujuan hidup bersesuaian dengan ayat al-Quran; Firman Allah yang bermaksud: “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKU.” ( Surah Adz-Dzariyat:56 )

Masa Muda Sebelum Datangnya Masa Tua

Mahasiswa perlu merebut peluang tatkala masa muda kerana masa muda inilah adanya kekuatan, cergas mindanya, mempunyai semangat yang tinggi. Jadi waktu ini mahasiswa perlu mempertingkatkan dan memperkemaskan diri dengan pelbagai ilmu bukan sekadar mencari ilmu semata-mata tetapi carilah pengalaman dengan sebanyak mungkin dengan mengikuti program yang menjana minda dan jiwa ke arah kebaikan.

Kenapa dikatakan masa muda? Sudah lupa kita sedangkan pada zaman Rasulullah dulu pun , ramai sahabat memeluk Islam tika usia muda malah mereka muda-muda lagi dah fikirkan tentang Islam, orang muda sekarang bagaimana?

Cabaran

Ada beberapa cabaran yang perlu dihadapi para mahasiswa:

  1. Ancaman Syaitan
  2. Nafsu
  3. Serangan Pemikiran

Didalam ayat al-Quran ada mengatakan janganlah kamu mengikut langkah syaitan sesungguhnya syaitan musuh manusia yang nyata. Lalu bagaiman kita mahu berhadapan dengan cabaran ini.

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  (Al A’raaf: 200).

Sesungguhnya, zikir akan membuat hati kita akan tenang, gemilang, iman bertambah kuat dan hawa nafsu boleh dikendalikan dengan lebih baik, dengan itu, syaitan tidak lagi memiliki upaya. Ini kerana syaitan hanya boleh menggoda manusia dengan memanfaatkan hawa nafsu. Itulah sebabnya tipu daya syaitan tidak berdaya sedikit pun terhadap orang-orang ikhlas, iaitu orang-orang yang telah mampu menempatkan Allah di atas hawa nafsunya

Rasulullah SAW telah mencontohkan beberapa zikir pendek yang boleh membentengi kita daripada tipu daya syaitan. Di antaranya, ucapan ta’awudz, a’uzdubillahi minassyaithaani rajiimi. Selain membaca basmalah, sangat baik pula jika kita membaca ta’awudz sebelum beraktiviti, agar Allah melindungi kita dari tipu daya syaitan.

Bagi cabaran serangan pemikiran pula, kekuatan yang sebenar terletak pada ilmu, tiada bangsa yang akan maju tanpa ilmu. Jika ilmu sesuatu bangsa itu kukuh, maka kukuhlah penguasaannya terhadap zaman. Itulah Islam, Islam amat menitiberatkan ilmu kepada ummatnya.

Seperti yang diketahui umum, kegemilangan Islam atas kekuatan ummatnya dalam mendalami pelbagai jenis ilmu. Jika kita menguasainya maka segala serangan pemikiran kita dapat atasi dengan baik.

Apa yang patut kita lakukan?

1. Istiqomah dalam Manhaj Rabbani

Mahasiswa perlu istiqomah dalam melakukan amalan. Al-Quran merupakan syifa’ yakni penawar dalam berhadapan masalah kerana didalam Al-Quran ada sejarah, kisah tauladan dan pengajaran, kebesaran-kebesaran Allah dan sebagainya. Mahasiswa perlu tsabat yakni tetap pendirian.

2. Mempertingkatkan amalan/keimanan

Iman bukan untuk diwarisi tetapi perlu dicari. Mahasiswa perlu tanamkan keyakinan iman kepada Allah. Keyakinan aqidah yang betul mampu menangkis segala cubaan yang mendatang kerana ujian yang datang dapat dilihat bahawa Allah akan memberi segala pertolongan kepada dia. Apa yang kita lihat sekarang keruntuhan moral yang tinggi kepada ummat islam itu sendiri kerana apa, kerana asas yang kurang kukuh. Asas itu penting. Kalau mahu jadi hebat, asas perlu diutuhkan. Asas yang bagaimana? nah inilah dia Aqidah yang mantop dan jelas!

3. Memohon perlindungan kepada Allah daripada bala bencana

Apa yang berlaku datang daripada Allah…jadi nilailah daripada sudut positif..dan mohon perlindungan kepada Allah selalu tatkala senang atau susah.

“Allah itu dekat lagi memakbulkan doa hambaNYA tetapi perlulah hamba itu mengikut segala perintahNYA dan beriman kpdNYA”(Al-Baqarah:186)

4. Hidupakan hati dengan zikir

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Perbanyakanlah zikir, tasbih dan tahmid. Hati kita perlu dicas selalu. Macam handset kalo tidak dicas ia akan mati begitu jugalah hati. Jika hati mati, maka berleluasa kejahatan yang kita lakukan.

5. Melakukan amalan-amalan sunat

Disamping amalan-amalan fardu, diingatkan juga melakukan yang sunat bagi mengtopupkan yang kurang. Melakukan kebaikan memang payah tapi permulaan perlu ada konsep paksaan, lama kelamaan akan terbiasa. Mahasiswa perlu ada sikap bermujahadah. Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat untuk tetap mentaati suruhan Allah dikala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia.

Kesimpulannya apa yang penting kita perlu adanya konsep Ibadurahman yakni hamba Allah, kerana kemanisan jiwa akan dirasai apabila kita beterusan berhubung dengan Allah. Barulah kita dapat menangkis segala cabaran yang mendatang, insyaAllah.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri dan ajak orang lain. Mujahadah itu pahit tapi ketahuilah syurga itu amat manis. Moga diriku dan kalian dalam redha Allah, insyaAllah, amin.

“Our Lord! grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire.” Ameen.

Wallahu’alam

p/s: Nasihat untuk diri sendiri khususnya.

kartun_ready

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply